25 Oktober 2008

Terima kasih rakan-rakan Puteri

Hari ini saya menerima enam pencalonan lagi untuk bertanding jawatan Ketua Puteri. Antara yang mencalonkan saya ialah dari bahagian Lumut, Parit, Kuala Kangsar, Sekijang, Kota Tinggi dan Pasir Mas.

Secara keseluruhan, setakat saya mengemas kini blog ini, sudah 55 bahagian memberikan pencalonan kepada saya.

Walaupun amat sibuk tetapi saya tahu ada penyokong yang mengikuti perkembangan diri saya melalui blog ini jadi saya cari juga ruang masa untuk mengemas kini.

Walaupun tidak ada banyak yang hendak saya perkatakan kali ini, satu yang pasti ingin saya ulangi sekali lagi ialah terima kasih kepada rakan-rakan Puteri. Tanpa anda semua mungkin perjuangan saya sudah menemui titik noktah.

Andalah semangat, andalah inspirasi. Berilah saya kekuatan secara berterusan dalam perjuangan ini.

Ia amat bermakna sekali.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan mudah nak sampai ke tahap ini. Tp bila dah sampai tahap ini ,ramai yg dulu sangsi kini mula sikit2 berani, dulu jd teman sejati,kini dahpun mula berubah hati. Itu semua adat resam kehidupan., saya sendiri takut nak menanti apa yg akan blaku esok hari... Tp kak sha, apapun blaku, kita tetap bsyukur wpun hebt dugaan. Semoga MINES tetap hebt.. Ameen

Tanpa Nama berkata...

bukan mudah nak sampai ke tahap ini. Tp bila dah sampai tahap ini ,ramai yg dulu sangsi kini mula sikit2 berani, dulu jd teman sejati,kini dahpun mula berubah hati. Itu semua adat resam kehidupan., saya sendiri takut nak menanti apa yg akan blaku esok hari... Tp kak sha, apapun blaku, kita tetap bsyukur wpun hebt dugaan. Semoga MINES tetap hebt.. Ameen

Tanpa Nama berkata...

YB Sha... sememangnya YB boleh dapat lagi banyak pencalonan di negeri saya.. tetapi memandangkan pihak yg satu lagi menggunakan pendekatan mengugut, memaksa dan menekan ketua-ketua puteri terutamanya yg baru, maka jumlahnya kurang sedikit. malahan pihak sana juga turut memaksa Dato ketua bahagian untuk memaksa ketua puteri mencalonkan diorang! sebab itu saya dan kawan2 respect giler kat YB Sha sebab menggunakan pendekatan yg berhemah dan profesional! insyallah Allah akan anugerahkan kejayaan kepada Yb Sha dan kawan2.. amin.

qalamberbisa berkata...

salam,

betapa udah lama teman jugak tidak mengomen dan mengkomplen blog2 sahabat atas masalah2 dan teknikal yang tidak dapat diatasi dengan kadar segera..

hebat..hebat makin lama makin panas..makin lama dah terlalu ramai nak bertanding..dari jawatan tertinggi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Naib, Exco dan sehinggalah ke jawatan2 yang lain..bermakna kata UMNO masih dan tetap di hati..

tahniah juga teman nak ucapkan kepada Dato' Sha ni diatas sokongan yang diberikan samada dari negeri kelahiran sendiri hinggalah negeri di bawah bayu..nasib UMNO tiada di bumi kenyalang kalau tak dah tentu pencalonan ada disitu..hehehe

tapi teman nak gak pesan pada kengkawan..bertanding la cara yang sihat..tak usah lah ugut menggugut, tekan menekan...itu bukan budaya Puteri..puteri kan terbentuk dengan acuannyer yang tersendiri..tak faham..tak faham...

apa2 pun semoga ahli2 puteri matang dalam memilih Ketua Puteri yang akan terus membawa pergerakan puteri lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...

udah lotih menghadapi saat2 kelamnyer puteri...lotih weh!!

Haryaty Hamdzah berkata...

calon2 yg agak2 nyer ndak kalah tu... tariklah diri awal2... jgn kasi susah perwakilan utk pilih... sana sini kawan...