Ramadhan kali ini sungguh berbeza bagi diri saya sekeluarga.Maklum saja,kali ini saya menyambut Ramadhan di Jengka. Kehadiran Ramadhan kali ini membawa satu harapan baru dan saya panjatkan doa kehadrat yang Maha Esa agar negara kita di selamatkan dari sebarang bala.Kali ini,Ramadhan bukan sahaja akan saya lalui sebagai seorang insan yang bergelar isteri dan ibu tetpi juga sebagai seorang wakil rakyat yang sudah pastinya menuntut saya untuk bersama-sama dengan rakyat saya berbuka dan bertarawih.
Alhamdulillah,jadual untuk saya berbuka di 9 buah Masjid di kawasan saya telahpun diatur mulai 3 Ramadhan nanti. Selain berbuka dan beramah mesra dengan masyarakat,golongan fakir dan miskin akan diberi bantuan dan perhatian.Syukur kerana Allah memberi saya jalan untuk berbakti dan berkhidmat.
Ramadhan kali ini juga pasti memberi pengalaman baru kepada anak-anak saya. Munzir yang sulung,yang kini belajar di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur,pasti teruja dengan pengalaman pertama berpuasa bersama rakan-rakan di asrama. Teringat saya,waktu Tingkatan 1 di Maahad dulu,hari pertama bersahur di asrama,saya menangis teringatkan emak di kampung.
Esok,Ammar (10 tahun) dan Ateef (8 tahun) akan memulakan hari pertama mereka di sekolah baru mereka,Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat Jengka.Tak sangka pula anak-anak akan bersekolah di sekolah yang mana Ayah saya pernah bertugas sebagai Guru Besar pada akhir 80an dulu.Walaupun berada dalam persekitaran dan suasana yang agak berbeza dari Kuala Lumpur,saya lihat anak-anak dapat menerima dengan baik kehidupan di Pekan Kecil yang penduduknya seratus peratus Bumiputera ini. Amzar yang akan meraikan ulang tahun ke 4 kelahirannya esok dan Aeen (2 tahun) lah yang paling gembira kerana rumah kami di Jengka ini mempunya kawasan lapang yang luas untuk mereka bermain.
Tak sabar pula saya untuk membawa anak-anak saya bersama berbuka puasa dengan rakyat di kawasan saya. Biarlah mereka didedahkan dengan tugas ibu mereka agar mereka turut memahami dan menghayati perjuangan yang saya bawa ini. Di Ramadhan ini,saya berdoa agar anak-anak saya akan membesar menjadi insan yang beriman dan akan meneruskan perjuangan membela agama,bangsa dan negara.
Kepada rakan-rakan bloggers,marilah kita hayati Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan..."Ya Allah,tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila memasuki bulan Ramadhan tidak melakukan hal-hal berikut:- 1.Tidak memohon maaf kepada kedua orang tuanya, 2.Tidak bermaafan antara suami dan isteri, 3. Tidak bermaafan terlebih dulu dengan orang-orang disekitarnya..."
Salam Ramadhan,Salam kemaafan dari saya sekeluarga.
3 ulasan:
bukan mudah menjadi pemimpin pada masa yg sama kita jugalah anak pda kedua ibubapa,isteri kpda suami,ibu pada anak2, dan pemimpin kpda rakyat. Macam-macam Orang lain boleh kata dan caci kita walaupun hati hanya allah sahaja yg tau.. Kepada kak sha, sama2 kita kuatkan semangat. Pulihkan kembali semangat ahli dalam umno. Dan saya bersedia bersama dgn kak sha.bersama kita berkorban apa shj demi survival anak bangsa. Kini masa yg sukar untuk kita. Sama2 kìta harungi.
Selamat Berpuasa untuk Kak Sha, Abang Nan and kids...
Moga terus tabah menghadapi rintangan dalam perjuangan untuk survival melayu!
selamat berpuasa..xperlu pulihkan semangat ahli dlm umno..sbb sememangnye ahli2 bersemangat..
mari kita pulihkan dasar2 dlm umno..
wake up umat islam...
Catat Ulasan