08 Februari 2009

Anwar diminta tidak lagi pimpim PR.

Apakah krisis yang lebih besar bakal menimpa PR apabila Karpal Singh hari ini (8/2/09) meminta Anwar Ibrahim tidak lagi memimpin pakatan itu?

Sepatutnya Anwar faham sendirilah dengan apa yang berlaku ini dan jangan bagi alasan yang bukan-bukan seperti beliau selalu buat.



(Malaysia-instinct.com)

Perkembangan terkini pasca-Perak menjadi semakin menarik apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh telah meminta Anwar Ibrahim agar berhenti dari memimpin Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Karpal, Anwar telah mewujudkan satu budaya yang tidak sihat iaitu melompat parti yang telah menjejaskan keharmonian PR.

Kenyataan beliau itu jelas mempunyai kaitan dengan insiden jatuhnya Perak kepada Barisan Nasional (BN) apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar daripada kerajaan PR.

Selama ini Anwar begitu hebat mempertahankan prinsip pembentukan kerajaan melalui kaedah lompat parti dan apabila Perak jatuh akibat taktik yang sama, keadaan itu telah memalukan kepimpinan PR dan ditafsir ramai sebagai situasi senjata makan tuan.

Menurut laporan M-star Online, kenyataan Karpal itu merupakan kenyataan pertama seumpamanya sejak PR ditubuhkan April lalu.

"Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyatakan demikian pada satu sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang sebentar tadi.

Karpal tidak menyatakan siapa pemimpin baru yang dimaksudkan itu.

Karpal menambah, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.

Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.

Tiga daripada mereka kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR, kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.

Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR dan Anwar telah dilantik sebagai Ketua Umum.

Kenyataan Karpal hari ini secara jelas memperlihatkan Anwar sudah semakin hilang kreadibiliti untuk memimpin PR. Kejatuhan imej Anwar sebenarnya bermula apabila beliau gagal membentuk kerajaan Persekutuan pada tarikh 16 September tahun lalu.

Kejatuhan mendadak Perak kepada BN menambahkan lagi kemusnahan ke atas imej lemah beliau.

Kegagalan Anwar mengawal keadaan atau melakukan damage control yang berkesan di Perak selapas ia jatuh ke tangan BN menyebabkan PR terumbang-ambing dan mula mengambil tindakan ekstremis termasuk mahu menyaman Sultan Perak.

Situasi itu menyebabkan rasa benci rakyat terutama masyarakat Melayu semakin menebal ke atas PR. Ramai penyokong PR sendiri walaupun marah dengan apa yang terjadi di Perak, tetapi nyata kurang senang jika nama mulia sultan dicemarkan.

PR juga tidak ada modal langsung untuk menjatuhkan imej BN di Perak kerana segala tindakan yang diambil BN adalah berdasarkan modus operandi dan kaedah yang diperjuangkan PR terutama sekali Anwar selama ini termasuk kaedah pembetukan kerajaan menggunakan kaedah lompat parti.

Kenyataan Karpal itu memperlihatkan usaha PR untuk menjaga kredibiliti mereka di mata raktyat tidak ranap sepenuhnya akibat mengikut telunjuk Anwar.

Anwar pula dalam keadaan ini sepatutnya merasa malu dengan apa yang sedang berlaku.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gunakan kesempatan dalam kekalutan PR ini untuk menghancurkan mereka.. Betul, mereka ibarat harimau yang masing-masing akan menerkam mangsa tanpa memberi laluan pada yang lain..hahaha. Tapi awas, jangan sampai menikam diri sendiri... Kecaman yang dibuat jangan keterlaluan dan biar berintelektual kerana masyarakat sekarang bijak dan matang.. Ingat serangan yang melampau seperti di PRk Permatang Pauh itu menjerat diri sendiri... Jangan sampai pisang berbuah berkali-kali, nanti pekebun malas berusaha lagi..

Pink Ants berkata...

Banyak yang perlu dipelajari tentang strategi...read tha basic 'Art of War' dan 'Thick Face Black Heart' selain strategi yang pernah digunakan Rasulullah saw sendiri serta salahudin Al ayubi ketika menakluk Baitul Maqdis....

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju jugak tentang penggulingan kerajaan PR di Perak ni. Kita nampak peranan DS Najib dalam hal ni.. Apa yang jelas DS Anuar terperangkap dengan slogan lompat melompat YB dalam membentuk kerajaan impian 16/9 itu. Dia terlalu ghairah mencanang dan memperkenalkan budaya lompat ni. Apabila terkena batang hidung sendiri di Perak tu, ternganga & terbeliak bijik mata dia. hahahaha. At least DS Najib beri pukulan TKO pada DS Anuar tu, lain kali kalau tak hendak orang melompat janagan geletek laa.. hehehe. DS Najib- 1, DS Anuar-0..