17 Februari 2009

Elizabeth letak jawatan

Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang dilanda kontroversi ekoran gambar bogelnya yang tersebar luas di internet dan Khidmat pesanan Multimedia (MMS) ketika ini seperti yang diharapkan telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota exco dan ADUN Bukit Lanjan berkuatkuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR, di Tropicana Damansara, pukul 11 pagi ini.

Maka dengan ini, kita bakal menyaksikan pilihan raya kecil kawasan dewan undangan yang diwakili beliau dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis dikeluarkan DUN Selangor.

Dalam hal ini, tindakan Elizabeth adalah tepat. Kalau dileretkan pun isu itu akan menghancurkan maruah dirinya dengan lebih buruk lagi.

Beliau juga perlu menerima hakikat karier politiknya yang melonjak tiba-tiba, jatuh merundum dan berakhir pun secara tiba-tiba.

Memang agak memalukan untuk dirinya. Namun itulah hakikat politik, tiada kawan, tiada lawan, tiada naik dan tiada jatuh yang boleh diramal secara tepat.

Hari ini di puncak, esok di dasar...itulah yang harus diterima setiap yang memilih politik sebagai karier masing-masing.

2 ulasan:

Rentaka, berkata...

Salam YB Dato',

Nampaknya YB Dato' begitu cepat memberi respon dalam isu kali ini. Apatah lagi, 2 posting berkaitan individu ini. Ada yang tersirat ker?

Apapun, nampaknya Malaysia akan dikenali sebagai negara yang tidak putus-putus membuat pilihanraya. SPR juga tidak akan duduk rehat. Siapa yang untung? pembekal dan pencetak poster... he he he.... siapa agaknya mereka yang membekal bahan-bahan ini kalau bukan ca ya nun alif. Fikir-fikirkan...

salam
rentaka.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Saya sangat setuju YB Dato' si elli tu letak jawatan... So What???? Jangan menambahkan lagi derita kita... Tolong lah... sudah 0-2 kita kecundang tu..... 2 yang sedang menunggu tu pun gelanggang orang.. termasuk yang ni satu jadi 3...

Malu kito orang BN.. Cakap bergegar-gegar mau runtuh bukit dibuatnya.. Kalau tambah 0-3 lagi ni, tak taulah apa nak jadi tapi yang pasti saya gurenti laaa, PRU13 sayonara lah BN... Jangan ingat BN boleh jadi pembangkang, jadi parti kepala Kerbau adalah. Tinggal arwah jer kerana ramai YB-YB umno akan lompat ke PR.. Tak Percaya?? Tunggu... Jumpa di sana.. disana....... Justru itulah, by hook or by crook kali ni BN MESTI menang...

Tanggong jawab pemimmpin besar seperti YB Dato' sangat penting, tak guna mencanang berbilion-bilion projek tapi rakyat tak dapat nikmatnya.. Jangan kita jadi Pak Kadok, menang sorak jer, tapi dun satu-persatu jatoh ketangan orang.. YB Dato', Maaf banyak-banyak, sekadar luahan hati dari pemimpin kecil umno yang tak ada tempat lagi untuk meluahkan rasa hati..