Terima Kasih ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan termasuk penulis blog yang memberikan sokongan untuk saya bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO.
Sokongan anda semua besar maknanya kepada saya.
Tanpa sokongan yang ditunjukkan itu, mungkin saya akan merasa diri saya keseorangan dalam perjuangan ini.
Apa pun, saya memasuki pertandingan merebut jawatan Ketua Puteri dengan penuh merendah diri dan tahu, simpati rakan-rakan terhadap perjuangan saya adalah perkara terpenting jika saya ingin berjaya.
Tanpa simpati dan sokongan rakan-rakan, maka perjuangan saya pun tidak akan sampai ke mana.
Terima Kasih sekali lagi.
3 ulasan:
ASM YB Dato'
Sebagai calon KPUM, saya ingin mendapat penjelasan dan pandangan Dato' tentang hala tuju dan matlamat pu3 hendak dibawa, juga isu-isu rasuah politik yang hebat berleluasa dalam umno. Apakah langkah2 yang mampu pu3 laksanakan untuk membendong wabak ini dari terus berlaku bukan saya pada pu3 sendiri tapi kepada umno kerana jawatan KPUM itu setaraf dengan Naib President. Besar tu, bukan calang-calang jawatan, noo....
dalam merebut jawatan KPMU ini...saya berharap Yb Dato dapat meneruskan perjuangan dengan tabah dan sabar..
Saya bukan perwakilan puteri yang boleh mengundi Dato pada pemilihan kali ini kerana saya dah naik pangkat ke wanita Umno. Tapi saya berdoa agar semua perwakilan membuka minda memilih pemimpin yang boleh menggegarkan dunia dan menaikkan semula imej Puteri Umno kalau boleh lebih baik dari zaman Dato azalina. kerana saya tahu andalah pemimpin puteri yang boleh diharapkan untuk mengetuai Puteri Umno. bagi saya yang sangat mengenali Dato dari kecil dan sangat tahu dato sangat ikhlas dalam berjuang demi agama bangsa dan agama sehingga sanggup mengenepikan kepentingan pribadi.Syabas dan tahniah.
Catat Ulasan