KUALA LUMPUR 9 Feb. - DAP akan terus menyokong pemimpin umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng.
Beliau berkata Anwar akan kekal sebagai ketua Pakatan Rakyat (PR) seperti yang dipersetujui barisan kepimpinan pakatan itu.
“Beliau akan kekal demikian kerana tiada mana-mana pemimpin yang pernah mempersoalkan perkara ini pada mesyuarat dalaman, sama ada di peringkat tertinggi atau sebaliknya,” kata Lim dalam kenyataan di sini hari ini.
Nampaknya memang benarlah kata Karpal Singh bahawa pemimpin-pemimpin dalam DAP sendiri tidak mahu mendengar cakap beliau dan taksub dengan Anwar Ibrahim.
Sepatutnya Karpal memanggil para pemimpin di bawah beliau dan berbincang mengenai isu ini. Kalau semuanya gagal maka Karpal sepatutnya berundur atau bersara terus daripada DAP. Ini kerana, namapak sangat memalukan kerana beliau telah meluahkan perasaan secara terbuka tetapi luahan itu umpama tidak dipedulikan.
4 ulasan:
Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya..opss...salah tu ..lani dah ada edisi baru..
"Biarkan Karpal terjun dengan kapal-kapalnya" ...macam filem Titanic..You go first I go second.Karpal go first..Anwar ikut kot belakang..
Itulah padahnya..mulut takde insurans..akibat mulut badan binasa.
DS Anuar masih di perlukan lagi sebagai pemimpin PR sebab pemimpin-pemimpin lain DAP mahu seorang Melayu yang sanggup mencanangkan dan memperjuangkan Ketuanan Rakyat menggantikan Ketuan Melayu tanpa ada prajudis perkauman... Jangan lupa juga, mungkin kelohan Karpal juga mainan politik mereka kerana politik serba mungkin...
Cuba hayati kenyataan Mufti Perak Dato Sri Harussani dalam akhbar hari ini....
Karpal di abaikan oleh PR kerana kes samannya dianggap kurang relevan tapi kenapa pula UMNO sekitar terlalu mengambil berat penyataan itu sehingga byk demonstasi yang diadakan. Jika itu budaya pembangkang yang bukanlah budaya melayu, UMNO jgnlah tiru. Berusaha ke arah lebih baik!
Catat Ulasan