27 Februari 2009

Tol tidak dinaikkan.

(Petikan http://malaysia-instinct.com/english).


Cadangan Naikkan Kadar Tol Dibatalkan
Friday, 27 February 2009 16:03

Kabinet hari ini membatalkan cadangan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya mulai 1 Mac ini seperti yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Serentak dengan itu, kerajaan dijangka akan membayar pampasan berjumlah ratusan juta ringgit kepada syarikat pemegang konsesi tol berkenaan.

Bagaimanapun maklumat lanjut dijangka akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengadakan sidang akhbar di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

** Pada masa saya memasukkan entry, belum ada sebarang kenyataan yang dibuat. Jika apa yang terpapar di atas benar, saya amat berharap agar ia menjadi realiti. Demi rakyat, kerajaan perlu memastikan tol tidak dinaikkan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

1.Melihat kepada siaran tv sidang Parlimen kita merasa kecewa bahawa inikah tahap world class AP2 kita? Dalam kaeadaan menghadapi kegawatan ekonomi sepatutnya semua pihak bersama memikirkan cara untuk menyerap tekanan ekonomi namun AP2 hanya mampu menunjukan mulut lancang mereka melebihi kegeligaan otak mereka. Apakah akan selesai masalah ekonomi yg akan rakyat hadapi hanya dengan kata2 celaka?

2.Kabinet umum kenaikan tol kemudian atas desakkan ditangguhkan. Lagi menunjukkan sikap keputusan yang dibuat kurang pertimbangan. Keputusan yg tak konsisten, flip-flop. Memang baik menangguhkannya tetapi menunjukkan kita tidak konsisten kepada keputusan kita juga menunjukkan kelemahan kita, kalau tahap ini AP ddan menteri kita maka apa bezanya dengan kerajaan di Perak? Semua orang boleh jadi menteri kalau ini tahap yang melayakkannya.

Tanpa Nama berkata...

YB Dato'

Kerajaan kita satu hal, kata nak naik tol tetiba tak jadi pulok. Apa ke hal ni?.. Nak tunjuk perihatin, nak tunjuk berjiwa rakyat. Buat rakyat gelak jer tingkah laku kerajaan. Cari cara lain laa.. Takkan tak boleh pikir sikit, dalam kegawatan ekonomi sekarang ni keputusan yang hendak di buat tu biarlah nampak cerdik sikit.. Apa, ingat rakyat sekarang ni terok sangat ke sampai nak politikkan benda-benda ni. Malu lah sikit. Sebab tu laa rakyat tak puas hati dan yakin dengan kerajaan kita ni, kerajaan April fool, katanya..Hehehee

YB Dato' tak perlu lah komen banyak-banyak, nanti silap komen kesan lak pada pemilehan nanti, maklum lah kita diajar supaya tidak boleh komen pemimpin.. Kan. kan. Jadi telan ajer lah apa-apa yang dihidangkan itu.. Rakyat macam kami ni tak per, boleh kritik sikit sikit sebab nampak jahil sangat perbuatan ni, tak buat home work langsung. Macam Pak Pandir lak, Buat dulu pikir kemudian... Oh kerajaanku..

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt. Ingat mentaliti rakyat skrg ni rendah k? mudah digula2kan? Nak tunjuk baik, prihatin.. keputusan apa ni? kata masa kt bi-election K. t'ganu, PAS kluk klek.. la ni, BN pun sama dh.. kerajaan apa ni? pemimpin apa ni? ari ni naik, esok kata plak, tidak. ni strategi basi le nak raih undi menjelang pilihanraya. saya yg memang confirm2 menyokong umno pun menyampah cara mcm ni.. sape le punya idea lembab cenggini sampai kita blh ikut jer. hahaha. kelakor ler.. mmg jadi isu 'kluk klek' arr bi-election nanti. Kitorang yg kat bwh ni ler jenuh nak kena jawab.. Yg pasti, pembangkang akan ckp, "tgk elr, lps pilihanraya kecil ni, byk lg akan naik.. la ni kerajaan saje je, dah naik blh tahan2 plak.. saja nak raih undi arr tuh".. pergh!! tggu je lah..
org2 mc dato' ni, apa susah. bukan keja teruk2 mcm kami kt bawah.. kena berdepan, kena ganyang dgn pembangkang, lwn tetap lawan.. huhu..