07 Februari 2009

Datuk Nasaruddin..wira atau sebaliknya?

Ada yang bertanya saya apakah pendirian saya berhubung Adun Bota, Datuk Nasaruddin.

Melihat kepada entry saya sebelum ini yang saya copy dari sebuah portal berita, mencerminkan pendirian saya ketika itu iaitu rasa benci dengan apa yang beliau lakukan.

Namun, tidakkah semua yang sayangkan UMNO memperlihatkan sikap yang sama seperti ketika itu? Bukankah kita semua marah dengan Datuk Nasaruddin semasa beliau melompat parti?

Namun, adakah hari ini kita masih boleh menyimpan perasaan yang sama terhadap beliau?

Siapa diantara yang ada di sini, yakni pembaca sekalian yang boleh memberitahu atau menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa tindakan Nasruddin ketika itu adalah kerana beliau memang sudah membenci UMNO.

Melihat senario hari ini, mungkinkah tindakan Nasaruddin itu satu strategi BN atau mungkin satu kebetulan. Dengan ikhlas saya katakan saya pun tidak tahu mana yang benar.

Namun, kejayaan BN mengambil kembali Perak sedikit-sebanyak memang dibantu Datuk Nasaruddin apabila beliau sudi kembali ke UMNO. Dan tindakan beliau ketika mula melompat ke Pakatan Rakyat (PR) yang disambut hebat pemimpin pembangkang, menjadi satu kelebihan kepada BN akhirnya.

Apabila ada di kalangan pemimpin PR yang melompat keluar dan menjadi calon bebas serta menyatakan sokongan kepada BN, para pemimpin tertinggi PR yang lain seolah-oleh terkunci mulut mereka.

Kalau masa Datuk Nasaruddin mula-mula menyertai PR, tindakan lompat parti disifatkan perbuatan demokrasi oleh pemimpin pembangkang.

Jadi bila ada yang lain buat perkara yang sama, maka tidak ada salahnya kan?

Kedudukan Datuk Nasaruddin kini sukar untuk dinilai. Jika tindakan beliau itu sememangnya satu taktik politik, maka beliau sebenarnya telah menjadi wira UMNO. Jika ada motivasi lain pun, kita terpaksa menelannya dan melihat itu sebagai langkah taktikal yang perlu untuk BN mendapatkan kembali kuasa di Perak.

Politik adakalanya satu permainan akal yang memerlukan kita menelan sesuatu yang pahit dan mengambil kesempatan dari sesuatu situasi agar dapat terus berkembang.

Ia umpama permainan catur, ada buah perlu dikorbankan, ada buah yang perlu dipertahankan tetapi objektif akhir adalah kemenangan keseluruhan yang mesti dicapai.

7 ulasan:

USD berkata...

Salam, ya YB kita memang benci dgn pkhianat agama & bangsa, tp jgnlah bgitu cepat kita mlatah dgn mhukum scara sembrono, mlabel org lain sbg pkhianat...yg tbukti akhirnya adalah WIRA!

Rentaka, berkata...

YB Dato,

Terima kasih atas respon YB Dato' terhadap ulasan saya sebelum ini. YB Dato' memang seorang yang cepat respon terhadap sesuatu isu.

Melalui perbualan seharian dengan rakyat DUN Kuala Sentul, YB Dato' memang dikenali sebagai YB yang mudah didekati, mesra dan cepat respon. Malah ada ahli PR juga yang menyenangi sikap YB Dato'. Kami di akar umbi amat berharap sikap sebegini diteruskan terutamanya apabila YB Dato', jika diizin Allah, menjadi Ketua Puteri Malaysia.

Senario di Perak masih panas walaupun peralihan kuasa telah berlaku. Buah-buah catur telah disusun semula. Adakah ada yang akan di "check-mate" sebelum PRU13? PR kini menggunakan semua yang ada untuk merampas semula Perak. Malah, tidak teragak-agak mengheret Sultan Perak masuk gelanggang.

Apapun, kita tunggu dan lihat.
YB Dato', teruskan perjuangan.

rentaka.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam YB Dato'

Saya sangat bersetuju dengan pandangan dan ulasan Dato'. Kita semua tidak tahu isi hati dan mainan politik Dato' Nasa sebenarnya. Yang jelas Dato' N (Nasa) akan terus dingat dan dicatitkan dalam lipatan sejarah sebagai seorang Initiator Player yang memainkan peranan menjatuhkan keangkohan dan kedangkalan kerajaan PR di Perak. Syabas Dato' N.

Kalau di pandangan sudut lain, orang macam Dato' N ini cukup merbahaya kepada parti yang disertainya. Fikiran dan akalnya cepat berubah dan tidak boleh dipercayai langsong kerana bersikap kluk klik.. Orang macam ni tidak ada qualiti dan mesti selalu berwaspada apabila berurusan dengannya. BN terlingkup di 6 negeri adalah angkara pemimpin dan ahli yang tidak berqualiti yang lebih mengutamakan kepentingan diri tanpa memikirkan nasib ugama, bangsa dan tanah air sendiri. Selalunya kita berbangga dengan quantiti bukan qualiti, tapi kita lupa sekiranya berpandukan quantiti ahli, Kapal BN tidak mungkin separuh tenggelam. Tapi itulah kita, dengan umno selalu mencanangkan kealian yang juta-juta, kompenen BN yang berbelas-belas parti, last-last hampir terlingkup jang... Kita mesti sedar, Sejuta alasan yang diberikan tidak bererti kerana dengan satu alasan dangkal pun kita boleh keluar parti.

Saya minta maaf pada Dato' N atas ulasan ini tapi barang dingat rakyat sekarang cukup bijak dan matang dan yang setengahnya lebih berwibawa dan berpelajaran tinggi dari pegawai dan pak-pak menteri sendiri. Saya tetap berpegang pada slogan `CARI JALAN, JANGAN CARI ALASAN' dalam semua tindakkan kita. Tapi kalau kerenah Dato' N ini adalah satu strategi untuk mengkucar-kacir PR saya berpendapat ia satu tindakkan yang amat bijaksana, menghancurkan musuh dari dalam, `If U cannot beat them, joint them and poison them hahaha, satu teknik berfikir di luar kotak untuk menghancurkan kemungkaran yang menjolok mata... Inilah harapan dan sangkaan baik saya pada Dato' N, apa pun hanya Dato' N sendiri dan Allah SWT yang lebih mengetahuinya.

Sekarang BN Perak bergantung harap pada kebijaksanaan YAB Dato' Dr Zamri dalam megembalikan kegemilangan umno semula. Sokongan yang padu dari semua golongan sangat diperlukan kerana kerajaan yang dibentuk ini bukan hasil sokongan majoriti rakyat Perak. Ia sangat rapoh dan PRU 13 nanti adalah jawapannya. Dr Zamri mesti ingat Kepentingan Melayu Perak kena diutamakan dan jangan diabaikan kaum lain.. Sampan sudah di air, dayong pula ditangan, pandai-pandailah membawa diri dan ahli.. Sebagai rakan YB, kewajipan Dato' Sha juga sangat diharapkan, agar dapat memberikan tegoran, ingatan dan pesanan ini kepada mereka yang terlibat supaya umno jangan terus dipinggir oleh rakyat.. Kita tidak mahu ayam berkokok berderai-derai tapi ekor bergelombang dengan najis.

Akhirnya, tahniah pada semua player dan penyokong dan teristimewa pada Dato' glamor kita Dato' Nasarudin.. Amin

Tanpa Nama berkata...

Salam Dato' dan pengunjung blog,
politik itu satu seni yg sgt indah , politik mampu kelirukan yang bijak dan menipu yang tidak (bijak), ia penuh persepsi,spekulasi,konspirasi,...

Lawat blog saya yg juga menulis mengenai perkara sama. > BERANIKAN HATI http://braveheart-blogger.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Kweng..kweng..1,2..3

Lompat si katak lompat
lompatlah tinggi-tinggi
cepat cik abang cepat
jangan sampai tergadai bodi

Lompat si kodok lompat
lompat jangan tak lompat
cepat cik adik cepat
jangan sampai kena lipat

Jika dulu PKR merancang untuk menumbangkan kerajaan yang ditunjangi BN dengan kaedah Lompat parti..ia dipandang sebagai jihad demi keadilan rakyat..tapi bila idea tersebut diguna pakai di Perak..ia dipanggil kekejaman melampau..hee..hee inilah dunia politik..

Lompat si katak lompat
Lompat bersama kodok
Kodok dah naik junjung
Kesian si katak terlopong

Tanpa Nama berkata...

Salam Yong...

Nampaknya masih baru lagi dalam arena politik gaya nya.. sepatutnya sebagai ahli politik kita dah tau apa yang tersirat apabila kita tidak mendapat mandat memerintah. Alternatif yang seharusnya di fikirkan oleh semua DUN, akan tetapai semua DUN Perak Dayus.. taat pada pemimpin terlalu tinggi sehinggakan mengobankan agenda parti dan kepentingan Melayu- lihat sahaja barisan hari ini.. jaga periuk nasi..

Cuba lihat artikel "Dato Nasa: Dari BN ke PKR" dan tajuk kecil "antara tersirat dan tersurat"

Semua telahan saya benar... dan beberapa lagi menunjukkan kebenaran , walaupun pada dasarnya saya seakan menjurus ahli pembangkang.. akan tetapi UMNO kena berubah.

http://rmf7.wordpress.com

Pink Ants berkata...

Memang benar,bukan sahaja dalam dunia politik,kehidupan seharian kita juga penuh dengan persepsi.malangnya kita sering percaya kepada persepsi.Dikawasan saya sendiri,ramai antara golongan belia di cap dan dilabel pembangkang hanya kerana pemikiran mereka agak berbeza dari orang lain.hanya setelah saya mendekati mereka,mereka mengakui bahawa mereka sebenarnya sangat sayangkan UMNO dan bersikap vokal demi kerana perjuangan UMNO..tetapi dek kerana sakit hati dilabel sebagai pembangkang,maka mereka akhirnya benar-benar jadi pembangkang.

Hari ini saya dikunjungi oleh beberapa orang aktivis PAS yang mahukan saya untuk menyokong permohonan tanah mereka bagi menjalankan aktiviti pertanian,benda yang baik,takkan lah saya tak sokong..sebelum pulang,salah seorang dari mereka yang kebetulan ada pertalian saudara dengan saya menyatakan bahawa selepas ni bolehlah nak menyokong saya...saya jawap,janganlah kata boleh...sepatutnya sekarang ni pun dah sokonglah..Saya berkata demikian kerana bagi saya tidak ada sebab untuk mereka tidak menyokong perjuangan saya kerana apa yang saya lakukan selaras dengan kehendak mereka juga...berjuang untuk agama,bangsa dan negara...janganlah pula jadi macam Nik Aziz yang keluarkan kenyataan,lompat parti masuk PAS perbuatan bermoral tetapi jika lompat parti masuk UMNO,maka tidak bermoral...