23 Februari 2009

Baru tahu ketinggian langit

Kurang sebulan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan ulang tahun pertamanya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terpaksa mengakui gagal menunaikan janji menghapuskan miskin tegar di negeri ini.

Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, kerajaan negeri sering meuar-uarkan mampu membasmi kemiskinan tegar dalam tempoh setahun.

Bagaimanapun, hanya tinggal kurang tiga minggu lagi, Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri gagal menunaikan janji berikutan masalah kesukaran membuka akaun amanah.

Beliau tidak menjelaskan dengan lanjut masalah teknikal membuka akaun berkenaan, sebaliknya menyatakan terpaksa melalui prosedur yang panjang.

"Kita menghadapi kesukaran membuka akaun amanah. Akaun ini akan digunakan untuk memasukkan dana yang disumbangkan penderma supaya turut mendapat faedah," katanya selepas merasmikan klinik kesihatan percuma sempena kempen kesihatan di Padang Lucky Garden, di sini semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tetap menaruh harapan kerajaan negeri mampu membasmi kemiskinan tegar pada hujung tahun ini jika akaun amanah berjaya dibuka Mac ini.

"Walaupun ada halangan melaksanakan hasrat dalam tempoh ditetapkan, usaha itu tidak akan terhenti, malah akan terus menjayakannya," katanya.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri tetap akan mencari penyelesaian terhadap masalah sepanjang program membasmi kemiskinan tegar dan memastikan ia menjadi kenyataan.

"Kami tetap berusaha menjayakan hasrat menjadikan Pulau Pinang negeri pertama berjaya menghapuskan miskin tegar," katanya.


SS: Mengkritik memang mudah, melaksanakan pula lain halnya. Itulah yang terbaik untuk menerangkan kegagalan Guan Eng memenuhi janji untuk menamatkan kemiskinan tegar di negeri itu.

Masa di luar kerajaan dahulu, Guan Eng ingat kerja mentadbir dan memenuhi kehendak rakyat adalah sesuatu yang mudah kot. Sebab itu aysik main lepas cakap aje.

Apa dia ingat BN tidak pernah berusaha buat apa yang dia nak buat itu....BN lagi awal dan lagi berjaya daripada dirinya dalam hal-hal seperti itu.

Cuma bezanya, BN meletakkan satu tempoh waktu yang realistik dan tidak terburu-buru dalam berbuat demikian. Bolehlah kalau hendak jadi juara segera maka letaklah satu tempoh waktu yang tidak masuk akal untuk menamatkan sesuatu yang sukar.

Kalau saya jadi Guan Eng, saya akan rasa malu yang amat kerana gagal memenuhi janji yang saya laungkan berulang-ulang kali sebelum ini. Cakap Guan Eng selama ini macam BN sengaja tidak mahu membantu menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu.

Alasan kegagalan dia pula pulak setakat kata sukar nak bukak akaun....itu aje ke alasan terbaik yand dapat difikirkan?

Lain kali faham la satu perkara, mengkritik memang mudah tetapi bila tiba masa nak buat baru tahu langit itu tinggi ke rendah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat malu orang Pahang jer awok ni...Dah 51 tahun UMNO/BN memerintah...banyak lagi org Kuantan, Lepis, Jerantut dan seluruh Pahang yg masih takuk tu juga.

Hak sibuk ngat dengan org Penang tu wat apa. Dia baru berapa 11 bulan memerintah.

Kat Pahang ni dah 51 tahun tapi jurang yg miskin ngan org kaya dah bertambah. Pulak tu kalau kroni bukan main kaya.

Kon tau la sebab kon dah masak ngan UMNO ni.

Acu pergi kawasan pendalaman Pahang yg luas ni...jgn dok main bandar jer.

Jgn Kuman kat sana nampak...gajah kat sini buat buat tak nampak.

Sudin
Chenor

Tanpa Nama berkata...

Apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membeli 12 buah kereta Volvo untuk kegunaan rasmi kabinet negeri, saya melihat itu sebagai kelaziman. Tiada apa-apa yang diriuhkan sangat kerana sebelum ini di peringkat agensi kerajaan pun sudah lama memakai Isuzu Bighorn dan Ford sebagai kenderaan rasmi (kelihatannya sebagai kenderaan peribadi..memancing, berdating, membeli runcit, dsb). Juga sebagai menteri apalah salah menggunakan kenderaan mewah. Tak layaklah kalau mereka menggunakan hilux, van dan sebagainya...bukankah gitu
Saya buat sedikit kerja tambahan ekoran pengumuman ini. Dalam web Volvo (versi Malaysia) saya dapati terdapat 2 model Volvo yang popular iaitu model s60 (basic price : RM216,000.00) dan model s80 (basic price : RM285,000.000). Tak pula CM beritahu model mana yang menjadi pilihan. Saya andaikan dengan mentaliti "jimat cermat" mereka guna model s60, dengan harga OTR RM250,000.00. Kalau 12 buah, semuanya berharga RM3 juta. Pembelian ini dibuat melalui GLC kerajaan iaitu Angkatan Hebat Sdn.Bhd. Bagi anda yg ingat, pemberian kontrak sewa dan penyelenggaraan kerajaan rasmi kerajaan dianugerahkan kepada syarikat ini semasa Datuk Salleh sbg CM dan kontrak ini mendapat tentang HABIS-HABISAN oleh segenap lapisan masyarakat kerana pakej kontrak ialah "sewa dan selenggera" dan bukannya "sewa beli". Dengan kata lain..syarikat ini seolah-olah hanya bagi pinjam kenderaan mereka kepada kerajaan. Apakah pakej kontrak ini telah berubah sekarang..saya pun tak tahu kerana memang pun dah malas ambil tahu. Umum mengklasifikasikan kontrak ini pada waktu itu sebagai satu lagi rompakan wang rakyat di siang hari.
Nah..beberapa bulan lalu Perak juga mengumumkan penggunaan kenderaan rasmi exco mereka iaitu Toyota Camry. Saya melayari web toyota dan mendapati harga toyota camry 2.oE RM139,066, 2.0G pula RM149,053 dan paling mahal RM167,000.000. Saya melayari "web cars" yg lain dan mendapati rupanya toyota camry mendapat pengiktirafan sebagai kereta import paling murah. Walaupun demikian, langkah kerajaan Perak membeli kereta ini (waktu itu diperintah Pakatan Rakyat) mendapat kritikan kuat dari kepimpinan Barisan Nasional. Pelbagai tuduhan dilemparkan..membazir wang rakyat !!!

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Lupakan isu terpencil kerajaan negeri Penang tu. Memang cakap senang lagi pun lidah tak bertulang, buat janji memang mudah. Ingat masa kita muda-muda dulu laa, janji dengan Makwa/Pakwa cam bulan bintang pun boleh dipetik jerr.. Dah dapat habuk pun tarak.. hahaha dunia.. dunia..

Saya nak tanya pandangan YB Dato' tentang PPSMI yang hebat di bincang dan bantah oleh orang ramai termasuk ibu bapa. Pandangan Dato' sebagai bakal peneraju Ketua Putri Umno Malaysia ni (Insyaallah) penting juga sebagai pemimpin pelapis yang bakal menerajui Malaysia... Setahu saya setakat ni Pemuda & Putri play safe jer, tak ada pun komen-komen yang bernas yang boleh di pegang.. Ialah mentang-mentang YB Dato' Sri Hishamudin menteri, tak kan tak boleh cakap apa-apa pun.. Memanglah ramai pembangkang yang menjuarai isu ni, tapi itu untuk kepentingan rakyat jelata.. Kita umno ni sebagai pembela melayu tak boleh kerana kepentingan politik sempit, isu penting utk masa depan anak-anak tak di pedulikan.. Ingat PRU 13 ni.. Jangan hanya kerana nak mempertahankan isu PPSMI ni kita tersungkor... Komen YB Dato'?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tahap jadi menteri sesiapa pun boleh jika ada peluang. Tak pandai mana sangat mereka ini cuma mereka pandai ambil peluang untuk naik. Kerana itu rasuah politik bermaharajalela akibat dedalu berebut2 nak naik. Dah sampai kat atas baru kita tahu otak mereka lagi kecil dari otak burung unta