10 Februari 2009

YA ALLAH PANJANGKAN UMUR ANAKKU AMMAR

Alhamdulillah..hari ini nak kedua saya Ammarul Mubsyir (Ammar) genap usianya 11 tahun.Pagi tadi,sewaktu bangun tidur,saya terus mencari Ammar dikamarnya untuk mengucapkan selamat hari lahir.Tidak putus saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah Taala kerana masih memungkin Ammar terus menikmati kehidupan di dunia ini..setelah berjuang melawan penyakit leukimea yang dihidapinya sewaktu berusia 4 tahun.Tidak dapat saya lupakan bagaimana pedihnya saya sekeluarga menghadapi dugaan yang amat hebat ketika itu.Sementelah pula ketika itu Pilihanraya kecil Ketari..saya terpaksa berulang alik dari Bentong ke Kuantan setiap hari dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ibu dan juga sebagai Ketua Puteri UMNO Pahang.Tidak dapat juga saya lupakan bagaimana seminggu selepas Pilihanraya Ketari itu,Ammar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM dan disahkan mengidap luekimia tahap dua.Malam sebelum rawatan chemotherapy dimulakan,perasaan keibuan yang sangat bersimpati dengan rengekan Ammar yang mahu bebas dari wayar yang menyelirati tubuhnya membuatkan saya melarikan Ammar kerumah abang di Cheras bagi memujuknya walaupun saya tahu tindakan saya itu sangat membahayakan nyawanya..namun saya tawakal dan pohon Allah merestui tindakan saya.Esoknya,saya dilecture doktor Hamidah pakar kanak-kanak yang merawat Ammar.Saya meraung apabila doktor meramalkan Ammar hanya akan hidup hingga usianya 17tahun itupun jika beliau sembuh setelah dichemo nanti.Saya pasrah.Mujur saya dan suami diberi ketabahan mengharungi dugaan.3 tahun berulangalik ke HUKM..Ammar disahkan sembuh pada usia 7 tahun.Memenuhi hajat Ammar sendiri,kami bawa Ammar menunaikan umrah pada tahun 2004.Tatkala menjejak kami diHijr Ismail untuk menunaikan solat sunat dihadapan Kaabah,hujan turn selebat-lebatnya...abang saya Ustaz Najmi yang mengiringi pemergian kami menyatakan itu pengalamannya yang pertama bertemu hujan di Kaabah walaupun telah 16kali mengerjakan umrah.Airmata syukur saya selebat hujan yang turun.Ammar saya peluk erat penuh keinsafan.kekuatan Ammar berjuang menentang sakit,terus menjadi inspirasi saya..sesungguhnya ketabahan Ammar memberi kekuatan kepada saya..Ya Allah,panjangkanlah umur anakku Ammar.dan moga Ammar jadi anak yang soleh dan insan yang berguna dan berjaya didunia dan akhirat..Amin.

10 ulasan:

Rentaka, berkata...

YB Dato'

Selamat Ulang Tahun ke 11 buat Ammarul Mubsyir...
Buat YB Dato', kecekalan dan ketabahan YB Dato' menjanjikan sesuatu yang membahagiakan.

salam hormat,
rentaka.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

YB Dato'.
Hidup ini penoh dengan cubaan dan dugaan. Kita makhluk yang lemah ini akan menjalani kehidupan seperti yang telah di tentukanNya. Semoga dugaan yang Dato' terima ini akan memertabatkan lagi kematangan dan keyakinan Dato' menghadapi kehidupan seharian. Yakinlah bahawa Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala yang besar untuk hambanya yang sabar dalam menghadapi cubaan nya.

Selamat hari ulangtahun ke 11 untuk Ammarul Mubsyir dan selamat berbahagia untuk Dato' Ibu Mithali sekeluarga. Amin

Tanpa Nama berkata...

Salam YB.

Buat Ammar,..Selamat Ulangtahun..Semoha dipanjangkan Usia dan beroleh kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.

Buat YB...Semoga terus kental menghadapi dugaan yang mendatang...
Teruskan Berbakti dan semoga berjaya dalam pemilihan KPUM nanti.

cekodokmasin berkata...

Salam Dato,
Selamat Ulang tahun untuk anak Dato. Manisnya ia adalah sama tarikh dengan isteri saya. Cuma kepedihan kehilangan anak yang masih bayi setahun lalu akibat penyakit spinal bifida kadangkala mengganggunya...
Mudah-mudahan anak Dato menjadi insan yang soleh.. Amin.

ROSHATIKA berkata...

Salam YB,

Happy birthday Ammar...Semoga tabah menghadapi ujian Ilahi.

T. Kasih

cucutokbahaman berkata...

salam...

terlebih dahulu CTB ingin menyucapkan selamat ulang tahun bagi anak Yb dato ammar..

segala yang datang adalah dugaan darinya, semoga dato tabah menghadapinya.

add berkata...

Selamat hari ulang tahun buat Ammar, semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah.Ada hikmah disebalik kejadian olehNya dan redha serta bertawakal kepadaNya adalah penawar. Kepada YB selamat berjuang dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

selamat ulangtahun Ammar, insya'allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

salamat berjuang untuk YB dato.

Pink Ants berkata...

Terimakasih tidak terhingga kepada ucapan dan doa dari rakan-rakan bloggers diatas..Semoga kita semua terus diberi kekuatan olehNya untuk menempuhi ranjau kehidupan ini.

Unknown berkata...

Alhamdulillah..Ammar terus gigih dan sihat membesar sehingga kini. Masih teringat2 betapa kecil tubuhnya sewaktu pertama kali bertemunya HUKM beberapa tahun yang lepas...aduhh..halus sungguh..

Dan ..wahh.. Ammar makin hensem lah lani..ngalahkan "papa-nye"..hee..hee

Mudah2an Dato dan keluarga terus dilimpahkan rahmat, rezeki dan kesihatan yang baik..Insya Allah1