Saya ingin memohon maaf kepada pembaca blog saya. Ini kerana entry saya sebelum ini pasal Elizabeth Wong akan meletak jawatan kurang tepat.
Saya mengambil maklumat itu daripada sebuah laman berita. Sebenarnya beliau setakat ini hanya menawarkan untuk meletak jawatan.
Jika hanya tawaran, maka saya rasa beliau sedang cuba mempertahankan kedudukannya.
Beliau sedang menongkah arus. Namun saya yakin ia tidak akan sampai mana. Beliau hampir pasti terpaksa tunduk pada desakan masyarakat agar berundur.
Selain meletak jawatan, saya tidak nampak pun pilihan lain.
Ahli politik bila terjebak dalam isu yang berbau seks, memang tidak ada banyak pilihan sebenarnya.
Apa pun, saya yakin beliau akan tetap meletak jawatan tidak lama lagi dan kemungkinan besar pilihan raya kecil di satu lagi bukit iaitu Bukit Lanjan selepas Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
9 ulasan:
Assalammualaikum
Its ok kalau salah YB tapi yang paling penting kita cepat-cepat perbetulkan kesilapan kita.
terima kasih atas nasihat yang diberikan.
Ikhlas dari Perlis Indera Kayangan
Hmm. belum lg pegang 2 jawatan penting, dah 'melatah'.. agak2 mampu ke memikul 2 beban? renung2kanlah...
Brother kat atas ni, sindir kena bijak sikit. Kesilapan pasal Elizabeth itu dilaporkan semau media pada awalnya. Flash news The Star pun silap. Saya pun daat oembetulan dari Star lepas tu. Ini bukan soal gelabah atau dua tanggunjawab, ini soal orang PKR dan Pakatan Rakyat yang lidah lagi teruk dari biawak. Cakap tak pernah lurus. Mesti belit-belit sampai semua pening. Penulis komen kata atas ni memang bodoah tak faham isu.
SALAM...
bukan disebabkan melatah atau jawatan yang penting menjadi persoalan...
persoalannya , kita perlu cepat respon untuk memberi maklumat kepada umum..jadi tidak perlu la kita renung2 kan info yang salah...tp seharusnya eliz letak jawatan demi untuk menjaga meruah PR yang kini dikatakan sebagai "POLITIK SEX"
Salam YB Dato' Sha,
Dlm isu Elizabeth tue yg saya tak faham kenapa harus BN dikaitkan sama sebagai pihak2 yg mungkin terlibat dlm 'mensabotaj' beliau? Kenapa semasa kes yg hampir sama melanda BN tidak pula org2 BN melatah dan menuduh Pakatan Rakyat? Hmmmm....yg baik2 semuanya mereka tetapi yg negatif semuanya dilemparkan kepada BN.
Secara peribadi saya rasa Elizabeth patut meletak jawatan. Bertanggungjawab atas apa yg berlaku. Mungkin gambar itu dirakam sewaktu beliau dan bekas teman lelakinya masih lagi bersama atau mungkin juga gambar itu dirakam beliau sendiri dan di'mms' kepada bekas teman lelakinya untuk simpanan.
Entahlah....apa2 pun benda dah jadi dan penyelesaian harus dicari.
Salam
setakat ni rancangan HUJAH tv9 dah jemput bakal-bakal pemimpin Wanita dan Pemuda..agak2 bila calon2 KPUM dijemput sbb ramai nak tgk gak ada ke tidak sifat2 pemimpin harapan generasi wanita muda yang prihatin sebelum nak buat keputusan di atas kertas mac nanti..
Saya kurang setuju kalau BN mendesak Eli letak jawatan sebagai adun, kerana kalau beliau letak jawatan,maka prk akan berlaku di bukit lanjan. Implikasinya ialah moral dan maruah BN dibukit lanjan. Apakah mampu BN mengalahkan pihak pembangkang dengan majoriti 5xxx sedangkan sjarah di PRK trg pun sebelum ni BN menang 6xx pun dah terbalik jadi 2xxx. Apakah ini akan memberi kelebihan pada BN?
Bak kata Nabil.. Lu pikir la sndiri.. saya bukan marah sdri tapi sekadar memberi pendapat supaya disampaikan kepada pucuk pimpinan parti dari penyokong tegar UMNO.
Soal salah lapor tidak timbul, yang pentingnya maklumat terkini diambil dan diutarakan. Permohonan maaf lagi amat penting atas kesilapan, maklumlah nak mengaku kesilapan ni sangat payah dan bagi sesetengah orang hampir mustahil.. Anyway tahniah YB Dato' atas usaha ini..
Saya tertarik juga kalau ada usaha Hujah tv9 utk bawa KPUM ke sessi tuu.. Sangat menarik macam malam tadi, calon2 KPUM berhujah memperlihatkan kematangan masing-masing.... Baru rakyat bolih menilai kebijaksanaan mereka walaupun saya penoh yakin bahawa tidak ada kesan langsong pada perwakilan pemuda pun..Tahu kenapa??... Hahahaha.. Tahu tak per..
Terimakasih atas semua pandangan diatas..akan saya ambil iktibar dan lebih berhati-hati dimasa akan datang.
Saya juga menunggu kot ada jemputan dari penerbit 'Hujah' tapi hingga hari ini belum ada sesiapa dari stesyen tv9 menghubungi saya.Kalau ada nanti,pasti akan diwar-warkan di blog ini.
Catat Ulasan