(Malaysia-instinct.com)
"Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya...." menurut Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima penulis.
Sukar untuk menafikan kenyataan itu, kerana hakikatnya selepas enam hari dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, sekaligus Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Timbalan Perdana Menteri berupaya menawan semula Perak yang terlepas kepada pakatan DAP, PAS dan Parti keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Dan inilah yang ditakuti pembangkang, anak sulung Tun Abdul Razak itu yang bakal mengambil alih kepimpinan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh kurang dua bulan sahaja lagi, membuktikan beliau mampu menawan semula hati rakyat selepas negara dilanda 'tsunami politik'.
Kemampuan dan keupayaan najib menambat hati rakyat, menyebabkan pembangkang tanpa berselindung dan segan silu menyuarakan harapan agar Pak Lah terus menerajui negara dan tidak melepaskan kepada Najib.
Tidak pernah ada dalam sejarah pembangkang menyokong Perdana Menteri, tetapi inilah yang berlaku pada hari ini.
Sudah menjadi 'rahsia terbuka' yang diketahui semua orang, pembangkang menyaksikan bagaimana UMNO dan BN mampu ditawan ketika di zaman Pak Lah.
Mungkin mereka menganggap peluang 'keemasan' untuk memastikan pakatan pembangkang memperoleh kemenangan terbuka luas pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya UMNO dan BN terus diketuai Pak Lah.
Oleh itu, tidak hairan pembangkang dengan dibantu portal-portal berita dan penulis blog yang sehaluan dengan mereka, secara terbuka melepaskan 'peluru' ke arah Najib.
Namun hari ini Najib berjaya membuktikannya, sebuah negeri berjaya ditawan, meninggalkan Anwar Ibrahim dengan mimpi 16 September yang tidak pernah padam.
Mungkin kalau tidak empat negeri, memadai dua atau tiga sahaja bakal 'digenggam' Najib selepas mengambil alih tampuk pemerintahan nefara Mac ini? Hanya takdir menentukan.
Hari ini BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.
Empat wakil rakyat itu terdiri ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada UMNO.
"ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah maklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar dari parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada UMNO hari ini.
"Mereka telah beri mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar dan memberi akujanji untuk menyokong Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN," kata Najib, yang juga Pengerusi BN Perak, pada sidang akhbar hari ini.
Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi, dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.
"Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan menghadap ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan secara rasmi bahawa Barisan Nasional Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak," katanya.
Najib akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin dan nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletak jawatan bersama anggota exconya.
Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu telah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
Pada sidang akhbar yang turut dihadiri keempat-empat wakil rakyat berkenaan, Najib berkata ketiga-tiga ADUN Bebas itu akan menjadi "anggota Bebas sahabat BN".
Mengenai tindakan Mohd. Nizar mengumumkan pembubaran DUN hari ini tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata, hanya Sultan Perak yang boleh memperkenankan pembubaran DUN.
Najib menyifatkan perkembangan terkini sebagai bermulanya era baru di Perak.
Bagi Najib, keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan manakala kes rasuah membabitkan ADUN Behrang dan Changkat Jering, merupakan isu yang berbeza.
Apa pun, biarlah tempoh hampir 11 bulan Perak berada di bawah kerajaan campuran pakatan ketiga-tiga negeri itu menjadi lipatan sejarah.
Sebaliknya UMNO dan BN Perak perlu berusaha memastikan hati rakyat tidak lagi beralih arah tetapi terpikat dengan kesungguhan mentadbir kerajaan.
Selama 11 bulan pakatan ketiga-tiga parti mentadbir dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin yang hanya layak diistilahkan sebagai 'kuda tunggangan' kepada DAP, terlalu banyak permasalah yang menyinggung dan menyakiti hati orang Melayu di Perak.
7 ulasan:
Wahai saudara Islam ku,
Apa yang berlaku di Perak adalah ekoran tindak tanduk dan perancangan DAP Perak sendiri.
Tidak seperti di Selangor, DAP gagal "membeli" MB Melayu yang dipilih istana. Roh perjuangan PAS tidak sama seperti roh PKR yang lebih mirip kepada roh UMNO yang mana pemimpin Melayu mereka boleh dibeli orang lain.
Sungguh pun Ir Nizar dilihat seperti telah membuat keputusan yang merugikan Melayu Perak tetapi kita harus ingat keputusan dibuat oleh kerajaan yang majoriti dikuasai oleh DAP.
Sungguh pun beliau dikritik dengan "Perjanjain Pangkor II" secara terbuka namun tidak mustahil dibalakang tabir sebagai MB PAS beliau merupakan penghalang kepada agenda DAP/Cina di Perak.
Kerana itu tidak hairan sekiranya semua yang berlaku khususnya usaha untuk menyingkir ADUN Behrang dan Changkat Jering sebenarnya usaha kotor Ngeh dan Nga?
Kalau tidak kenapa mesti speaker DUN Perak tidak sabar-sabar mengumumkan perletakkan jawatan mereka?
Bukankah terdengar desas-desus hendak digantikan MB pilihan Istana ini dengan wakil PKR?
Sudah tiba masanya untuk Melayu PAS dan UMNO untuk fikirkan semula kedudukan Islam di rantau ini.
Apakah masih lebih rela bekerjasama dengan kafir daripada yang dianggap sebagai zalim?
Allah telah memberikan kita peluang untuk Islam mempunyai majoriti di Perak.
- Alif Ba Ta -
Salam puan, tp bmana puan hendak mohon maaf dgn Nasaruddin yg dgelar pkhianat?
Alif Ba Ta,
Masih nak tegakkan benang basah? Saya percaya mb pas terlibat dengan segalanya termasuk mengadai hak melayu kerana kepentingan peribadi dan parti, tetapi segalanya tersekat kerana ada antara adun lain yang tidak merelakkan ini berlaku lalu meruntuhkan pemerintahan. malam ini mb sedang bermusahabah diri memohon doa untuk allah ampunkan dosanya terhadap umat melayu di perak. sama-sama lah kita doakan agar beliau diampukan dosanya. Baca posting saya: UMNO dan PAS menuju pertemuan - marilah bersatu dalam UMNO. Kami ampunkan dosa kamu mengkafirkan UMNO.
.
Salam YB Dato',
Saya cuma ingin bertanya, penulisan dalam blog ini, terutama isu politik Perak (yang memaparkan petikan sumber lain) adakah juga menggambarkan pendirian YB Dato'?.
Saya mengambil contoh posting bertajuk "Pengkhianat Yang Bernama Nasarudin Hashim". Apa pendirian YB Dato'?
Penjelasan YB Dato' penting demi kredibiliti YB Dato'. Kami di akar umbi perlu mempertahankan YB Dato' jika di asak persoalan sebegini.
Mohon penjelasan...
Salam hormat,
rentaka.blogpot.com
.
terimakasih kepada saudara rentaka,untuk makluman,posting yang saya ambil dari sumber lain kebanyakannya adalah untuk mendapatkan respon dan maklumbalas dari pengunjung blog..ia tidak semestinya pandangan peribadi saya,tetapi dalam kes yb nasarudin,kita sebagai yang tidak duduk didalam 'perancang strategi',hanya akan react lebih kepada menjaga kepentingan parti.ianya adalah reaksi normal yang akan diberi dalam keadaan yang normal.Sebab itu saya juga pernah buat komen dalam blog ini juga bahawa saya seakan tidak percaya yb nasarudin yang saya kenali sebagai seorang yang berperibadi tinggi sanggup melakukan sesuatu yang mencemarkan namabaik parti.Tandatanya dan kemusykilan saya itu kini telahpun terjawab dengan tertubuhnya Kerajaan BN di Negeri Perak.
Politik negara makin menarik, posting terbaru saya ringkas dan penuh kegembiraan.
SINOPSIS DRAMA LAWAK 'POLITIK LOMPAT KATAK' di blog bERANIKAN hATI.
YB Dato,
Pandangan saya kemenangan BN merampas Kerajaan Perak dari PR tidak disebabkan oleh kehebatan DS Najib walaupun tidak dinafikan ada peranan DS Najib dalam hal ini. Kerajaan PR tumbang adalah disebabkan oleh segelintir YB yang menjadi pengkianat kepada parti mereka sendiri. Harus di ingat, bahawa YB yang melompat itu memenangkan BN, bukan rakyat Perak. Selalunya `back fire' itu sangat bahaya dan mengerunkan. Apa berlaku sekiranya YB yang lompat parti itu didapati bersalah dalam pertuduhan mereka dan apa kesan pula kepada parti sekiranya mereka itu didapati tidak bersalah, tentu dikatakan umno campur tangan sebagai imbuhan.
DS Najib dan para pendokongnya harus hati-hati dan jangan terlalu gembira sangat. Bimbang tersilap langkah PR memerentah 11 bulan BN tak sampai setengah tahun. Menteri Besar, YAB Datok Dr Zamri punyai tanggong jawab yang amat berat memulihkan umno yang tercalar ini... Apapun tahniah atas kejayaan ini.
Seronok, wisel baru bermula, permainan yang panjang dan menarik akan dapat disaksikan oleh pemerhati politik dan rakyat jelata.
Catat Ulasan