19 Februari 2009

Anwar sedang gelabah kuda?

Najib Cabar Kemukakan Bukti BN Sebar Gambar Bogel Elizabeth Wong

Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terbabit dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat, Elizabeth Wong, baru-baru ini.

Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti.

"Tuduh apa... bukti siapa yang buat, saya tidak tahu menahu tentang hal ini tiba-tiba meletus dalam surat khabar.

"Kalau hendak menuduh kena keluarkan bukti, jangan cakap macam itu sahaja, jangan tuduh sewenang-wenangnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet untuk Meliberalisasi Sektor Perkhidmatan di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini beberapa anggota PKR, termasuk Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa BN menjadi dalang dalam penyebaran gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu.

Berikutan penyebaran gambar itu, Wong, 37, menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor serta Adun Bukit Lanjan.



SS: Nyata Anwar umpama orang mati akal. Paling senang nak tutup malu dan meraih simpati maka cakaplah BN yang buat.

Sebenarnya Anwar sedang gelabah. Tahun ini menyaksikan PR banyak berhadapan dengan pelbagai masalah.

Imej Anwar yang kononnya seorang pemimpin yang hebat nampaknya banyak sekali teruji dalam beberapa bulan pertama tahun ini.

Ingatkan BN sudah terlalu lemah, rupanya beliau tersilap.

Seperkara lagi, sampai bila nak salahkan BN sahaja? Memanjang salah BN tetapi takda bukti, main belasah cakap aje.

Kenalah gentleman dan kemukakan bukti yang kukuh sikit. Barulah nampak hebat dan bijak.

8 ulasan:

bungaraya berkata...

Memang eloklah DSAI kena penampar dan penumbuk dan penendang satu ketika dulu semasa dalam penjara tu. Pak Lah sepatyutnya jangan keluarkan beliau dari penjara. Biar ia mati tersumbat didalamnya dan dimakan ulat bangkainya. Mulunya mengalahkan mulut Puan/ wanita.

Tanpa Nama berkata...

Yb Dato'

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dato'. Ini lah masa dan ketika yang baik yang kita tunggu-tunggu untuk menghalang dan memalapkan reputasi PR. Bersama kita menyedarkan rakyat bahawa PR hanya pandai bercakap bergegar-gegar seakan dapat meruntuhkan gunong tapi ekor bergelombang dengan kekotoran.... Moral sangat penting kerana tanpa moral yang tinggi semua perkara akan senang dipermainkan.

Memang PR akan tuduh BN buat komplot dan konspirasi tu, tapi jangan lupa mereka juga macam kita berebut-rebut nak jawatan dan jangan hairan mungkin musuh atau kawan si Eli sendiri punya kerja tu... hehehe.. Keep up a good job Dato'.

Tanpa Nama berkata...

rasanya Anwar dah tak ada idea tu. kesian kat dia. asyik-asyik tuduh orang. asyik nak ajak orang berkelahi jer. kita kan pentingkan keamanan. kontrak sosial dibuat pun tujuan utamanya untuk keamanan kan. kalut betul nak buat kecoh.
entah-entah orang PKR sendiri kot yang buat hal... fikir-fikirlah...
lagi satu YB Dato, saya tak guna anonymous kerana saya menyahut cabaran YB Dato semasa Dato jumpa saya hari tu.

Jeepers Creepers berkata...

tak agak agak brader nuar ni. semua salah bn. banjir salah bn, tanah runtuh salahkan bn, rumah kena rompak salahkan bn malah israel serang palestinpun salahkan bn juga ka.

Tanpa Nama berkata...

Agak-agak Dato, dalam kes macam ni boleh tak BN/UMNO saman DSAI? Kalau boleh, tunggu apa lagi, kasi hantam sama dia.

Tanpa Nama berkata...

nik aziz kata eli tidak bersalah kerana dalam islam pun kita boleh buat apa saje dalam rumah sendiri nak pakai baju atau telanjang itu hak peribadi masing2 tapi nik aziz kata eli tidak patut melepaskan jawatan ADUN pasal berlakunya pembaziran dari segi kewangan dan pengundi marah sbb kena banyak kali keluar mengundi! sebenarnya siapa yang bersalah ni..aku confuse!!!(lara croft)

ROSHATIKA berkata...

Salam Yb,

Saya ingat TG Nik Aziz ingat yang ambil gambar tu hantu kot. Kalau manusia yang ambil gambar mana boleh sambil berbogel.

Alasannya mungkin masa itu eliza tengah tidur, tak sedar orang ambik gambar tapi bagaimana pemuda tu dibenarkan masuk. Kalau dia menceroboh, kenapa laporan polis tidak dibuat.

Isu baru sekarang pula, Hilmi adalah kuda trojan yang dihantar oleh BN untuk menjatuhkan PR.

Tak masuk akal langsung!!!

T. kasih

Tanpa Nama berkata...

memang tak masuk akal.....
DSAI memang dah mengelabah sekarang sebab semua anak buahnya dah terlibat dengan skandal dan yang terbaru eliz dikatakan selalu bertukarb teman lelaki termasuklah ahli parlimen batu (tian chua)..

dari info rakan PKR di selangor pula menceritakan bahawa penyebaran gambar eliz sudah berada dipasaran lebih kurang tiga bulan yang lepas, ini bermakna bukan BN yang membongkarkannya malah ahli PKR sendiri yang buat angkara...