16 Februari 2009

Isu dan Gambar Panas Elizabeth Wong

Hari ini, tersiar di Malay Mail berita bahawa gambar bogel exco dari PKR di Selangor, Elizabeth Wong sedang tersebar di internet.

Elizabeth sendiri telah mengesahkan kesahihan gambar-gambar itu dan mendakwa ia adalah pencerobohan terhadap privasi hidupnya.

Nampaknya kelangsungan PKR banyak diwarnai dengan isu-isu seks sejak kebelakangan ini kan.

Apa pun, bila Elizabeth sudah mengakui kewujudan gambar-gambar tersebut, maka rasanya secara otomatik dia perlu meletak jawatan sebagai ADUN.

Tidak perlu ada persoalan-persoalan lain. Kalau gambar-gambar itu peribadi, mengapa ia terlepas ke alam siber.

Bila sudah mengaku, maka beliau kena ikut jejak langkah Datuk Seri Chua Soi Lek.

Soi Lek telah meninggalkan jawatan sebagai menteri apabila isu melibatkan beliau terbongkar.

Ketika itu, puak-puak pembangkang ini antara yang banyak bersuara pasal isu moral.

Jadi dalam keadaan sekarang, apa yang membezakan Elizabeth dengan Soi Lek?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam YB Dato'

Dari segi moral Elizabeth patut letak jawatan laa walaupun beliau mendakwa itu hal peribadi dia.. Hal peribadi sendiri yang sulit-sulit pun tak mampu nak kawal inikan pula nak jaga hal ehwal negeri... hahahaha....Apalaa, cakap tarak selupa bikin maa

Apa pun alasan dan mainan politik Pembangkang, pandangan saya YB dan orang-orang BN Selangor dah bolehlah bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRk tu.. Cukup hebat dan meriah politik Malaysia kita ni, kan... Persoalannya pulok, bersediakah kita?. Lagi pun kini, kita terlalu sibok dengan Pemilehan Mac ini.. hehehe nasib baik lah SPR tu menyebelahi kita... Kalau tidak, tak kena gaya terpelosok lagi laaa dan dapat menambahkan lagi koleksi keputihan mato ... Dan berguni-gunilah alasan yang tak logik dan menggelikan hati akan diberi oleh pemimpin-pemimpin besar kita.... Dunia.. dunia.. CARI JALAN JANGAN CARI ALASAN.

takbir!!!!!!! berkata...

owh..jage aurat je la yg blog ni nk bebel??x pk ke ade org yg ttp aurat,tp perangai lg busuk dari org yg bukak aurat..knp kamu msh lg memperjuangkan umno yg tlh byk terpesong dri landasan islam??psl adun yg bogel ni,biar la dier..dier bkn islam.n agama dier x kesah pon..knp kita nk sbuk2??knp x pk psl anak2 muda kite yg terlampau tu??knp kite hrus ungkit perkara yg berkepentingan politik je???kesian la korg ni..org umno ni blaja tgi x??ke cme mengampu je tgi??slm

Tanpa Nama berkata...

Puteri umno patut tolong polis tangkap si melayu-hilmi itu.Bawa ke muka pengadilan. Salah ke tidur bogel di rumah sendiri?

Tanpa Nama berkata...

BODOH PUNYA TAKBIR!!!!!

memang la adun tu bukan islam dan tak kesah la dia nak bogel depan orang ramai tapi yang menjadi rakyat di kawasan dia tu ada juga orang islam....klau aku malu undi dia dulu..menyesal,,,menyesal...

Tanpa Nama berkata...

Nak jawab sikit..........
Beza Chua Soi Lek dgn Eli mmg banyak.
CSL dgn niat yg tidak bermoral melakukan perbuatannya.
Eli tanpa niat tapi telah dimalukan dgn cara tak bermoral,

Moga dpt difahami dgn jelas