28 Februari 2009

Cari penyelesaian muktamad isu tol



Alhamdullilah, kadar tol tidak dinaikkan. Ini satu berita yang mengembirakan semua pihak.

Memang tidak wajar sama sekali kadar tol dinaikkan terutama ketika keadaan ekonomi semasa yang memerlukan rakyat berbelanja dengan lebih berhemah.

Namun, saya ingin menulis lebih sedikit mengenai isu tol ini.

Saya lihat apa yang diumumkan semalam bukan satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap isu bayaran tol menggunakan lebuh raya di negara ini.

Apa yang diumumkan semalam hanyalah satu penyelesaian jangka pendek.

Yang lebih penting sekarang sebenarnya ialah perlu ada penyelesaian jangka panjang terhadap isu ini.

Satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak terutama sekali rakyat. Bukan yang dilihat menyebelahi syarikat konsesi.

Untuk berlaku adil, satu perbincangan secara terbuka dan ikhlas perlu diadakan melihat apakah yang boleh dijadikan sebagai penyelesaian terhadap isu tol.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar kerajaan bersama pemegang konsesi laluan lebuh raya mewujudkan satu kaedah yang akan menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang.

Selain kesenangan untuk rakyat, penyelesaian isu tol juga bermakna satu lagi tekanan kepaa BN akan dapat dikurangkan. Sudah diketahui umum bahawa tol kini adalah satu isu yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN.

Saya lihat kekuatan isu ini semakin menjadi-jadi dan pembangkang meraih faedah yang sepenuhnya daripada perkara itu.

Saya juga akan berusaha menyampaikan mesej ini kepada rakan-rakan pemimpin yang lain agar kita mencari satu penyelesaian muktamad dengan segera terhadap isu tol.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju agar YB Dato' dapat memanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan pemimpin yang lain. Penting di ingatkan bahawa pembangkang tidak ada kekuatan tetapi umno terlalu lemah menangani isu-isu yang berbangkit menyebabkan ada advantages pada mereka. Biar mereka pikiak dulu baru buek, jangan buek dulu pikiak kemudian.

Isu tol banyak terlibat dengan KL dan Selangor, tapi apa halnya dengan negeri-negeri lain di Pantai Timur yang juga ada isu yang cukup besar dan dimainkan oleh pembangkang iaitu PPSMI. Berapa banyak NGO dan cendiakawan yang memprotes kaedah PPSMI ini. Isu ini lebih besar tetapi di diamkan saja oleh Pak Menteri juga pemimpin besar lain. Susah sangat ke nak balik kepangkal jalan atau pun improvekan sedikit kaedah pembelajarannya. Apa yang saya nampak pemimpin kita degil sangatlah seolah-olah ada agenda tertentu pulak. Pemuda juga Putri pun buat dak jer... Mana ada tahap kepimpinan dan keintelektual dalam menilai atau memperjuangkan sesuatu isu. Kok nanti apabila di mansohkan baru lah ada kader-kader yang menyokong lak. Dato' sendiri pun sonyap jer.. Hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Yb Shahaniza,
Tolonglah fikirkan juga cara-cara agar yuran persekolahan dapat dimansuhkan.
Silalah lihat BERSAMAMU TV3 berapa ramai anak-anak yang tidak bersekolah hanya kerana ketidak mampuan ibu bapa mereka?
Bagaimana dengan konsesi air di selangor? Nampak sangat Shaziman Mansor cuba bailout kroni dia..belum lagi TNB..berapa banyak gaji Khalib? Turunkan berapa sen/kilo watt? Nak tergelak eden. Kami ramai-ramai mengundi PR sebab dah bosan dengan masalah rasuah, korup di kalangan pemimpin UMNO. SPRM hanya kejar ikan bilis. YB, silalah berJIHAD utk proses rejuvenasi UMNO. Hatta bakal PM M'sia has been seen as liability to the public.
Amanah Allah adalah sangat besar. Sekecil-kecil perkara pun akan di tanya di padang mahsyar kelak.

Pink Ants berkata...

Terimakasih atas saranan dan pandangan diatas,insyaallah saya akan cuba panjangkan mesej diatas dan akan mencadangkan kepada jurucakap Puteri yang membahas dalam Perhimpunan Agung nanti untuk menyuarakan isu-isu diatas.